Penerangan
16 Mei 2023, W.P LABUAN - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar W. P Labuan (Unit Buangan Terjadual) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang ditetapkan buangan terjadual (PYDT (BT)) iaitu Penunu Buangan bagi Sisa Klinikal di W. P Labuan.
Pemeriksaan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk pematuhan kepada syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh Jabatan ini.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa ketidakpatuhan yang memerlukan tindakan pembetulan segera dan penambahbaikan oleh pihak premis. Arahan lapangan (field citation) telah dikeluarkan supaya pihak kilang melakukan segera pembaikan yang dapat mencegah berlakunya sebarang pencemaran kepada alam sekeliling.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama