PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS W. P LABUAN

DOE WP Labuan 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS W. P LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

16 Mei 2023, W.P LABUAN - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar W. P Labuan (Unit Buangan Terjadual) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang ditetapkan buangan terjadual (PYDT (BT)) iaitu Kemudahan Penstoran Luar Tapak Pembuangan Terjadual di W. P Labuan. Pemeriksaan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk pematuhan kepada syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh Jabatan ini. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa ketidakpatuhan yang memerlukan tindakan pembetulan segera dan penambahbaikan oleh pihak premis. Arahan lapangan (field citation) telah dikeluarkan supaya pihak kilang melakukan segera pembaikan yang dapat mencegah berlakunya sebarang pencemaran kepada alam sekeliling. Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling. #JASMalaysia #JASWPLabuan #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan