PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

GOTONG ROYONG PERDANA PEMBERSIHAN PANTAI ANJURAN JABATAN PERIKANAN WP LABUAN

DOE WP Labuan 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
GOTONG ROYONG PERDANA PEMBERSIHAN PANTAI ANJURAN JABATAN PERIKANAN WP LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh: 20 JUN 2023 (SELASA) Masa: 7 PAGI HINGGA 2 PETANG Tempat: PULAU RUSUKAN BESAR WP LABUAN Objektif Latihan: 1. Memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan menjaga lautan dan kawasan sekitarnya. 2. Menjadi contoh kepada penduduk WP Labuan bahawa agensi kerajaan amat mementingkan pengurusan alam sekitar yang cekap. 3. Memastikan kawasan pendaratan penyu di WP Labuan bersih dan memudahkan pelepasan penyu ke laut. 1. JAS WP Labuan telah dijemput untuk bersama-sama terlibat dalam menjayakan Program Gotong Royong Perdana Pembersihan Pantai anjuran Jabatan Perikanan Malaysia WP Labuan yang telah dihadiri oleh Encik Nadzmi, Encik Muniff, Puan Olivia, dan pelajar-pelajar praktikal di JAS WP Labuan. 2. JAS WP Labuan juga telah mengambil bahagian dengan memberi perkongsian ringkas sempana Hari Alam Sekitar Sedunia dan juga Hari Lautan Sedunia. Perkongsian tersebut telah disampaikan oleh En. Muhammad Nadzmi. 3. Program ini juga melibatkan semua agensi kerajaan di WP Labuan bagi mempromosikan Pulau Rusukan sebagai salah satu pusat Pendaratan Penyu di WP Labuan selain usaha semua kakitangan kerajaan dalam memastikan pantai di WP Labuan indah dan bersih. 4. JAS WP Labuan akan sentiasa menggalakkan program kesedaran alam sekitar dengan kerjasama pelbagai agensi di WP Labuan. "ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA" #JASMalaysia #JASWPLabuan