Penerangan
LAPORAN SIASATAN DAN RONDAAN UNIT OMPT
TARIKH : 10.07.2023 (ISNIN)
MASA : 11:00 AM - 5:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PP RK, PPKK SL dan PJ RZD (memandu)
KAW. RONDAAN:
Pejabat - KKIP - Kayu Madang - Inanam - KK - Penampang - Pejabat
TUGAS:
1. Siasatan 2 aduan PT.
2. Pemantauan kes kebakaran TPS Kayu Madang.
3. Rondaan OMPT.
PENEMUAN:
1. Siasatan aduan pertama PT di Kg Kiambalang Inanam adalah berasas. Pengadu dihubungi sebelum siasatan lapangan dijalankan. Walaubagaimanapun pengadu tidak mengetahui rumah yang suka membakar. Ketua kampung turut dihubungi untuk bertemu di kampung tetapi ketua kampung berada di luar. Walaubagaimanapun ketua kampung mengakui penduduk kampung kadang-kadang melakukan pembakaran terbuka untuk melupus sisa daun, ranting di halaman rumah masing-masing sebagai cara membersihkan kawasan dan dalam masa yang sama untuk menghalau nyamuk. Larangan melakukan pembakaran terbuka untuk sampah plastik telah diberi kepada ketua kampung untuk dikongsi kepada penduduk kampung.
2. Siasatan susulan terhadap aduan kedua di Penampang juga tidak berjayai menemui pelaku. Walaubagaimanapun kawasan pembakaran yang diadu dan disiasat sebelum ini telah dibersihkan dan tiada kesan PT baru yang dikesan. Risalah larangan melakukan PT telah diedar kepada jiran pelaku.
3. Tinjauan di TPS Kayu Madang mendapati kerja pemadaman masih diteruskan (menggunakan 2 excavator, 1 jentolak) dengan menggunakan kaedah korek dan timbus di beberapa kawasan yang masih berasap. Keseluruhan kawasan yang boleh ditimbus telah selesai ditimbus tanah. Hanya terdapat beberapa kawasan di bahagian lereng yang masih berasap yang menjadi tumpuan pemadaman.
4. Terdapat 1 aktiviti PT (tunggul pokok buluh di kawasan kampung) lain yang diperhatikan semasa rondaan. Nasihat untuk mengawal api pembakaran telah diberi kepada pemilik tanah.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. Edaran risalah larangan melakukan PT.
Cuaca : Panas dan Mendung di waktu petang.
Sekian dimaklumkan.