Penerangan
Tarikh: 8 Julai 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 am - 4.30 pm
Lokasi: Dewan MPKK, Kampung Sungai Kandis, Klang
8 Julai 2023 - Persatuan Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan T-Pot Electrical & Electronics Sdn Bhd. ingin menjemput anda ke Program Jom Lupus: E-Waste 2023 (Siri 6)
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dan masyarakat tentang kepentingan pelupusan E-Waste yang betul sebagai satu usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar serta memupuk semangat cinta akan alam sekitar dan kepentingan mengitar semula barangan terpakai. Pelbagai aktiviti menarik juga yang akan dilaksanaka n antaranya ialah
Senamrobik, E-waste to money (konsep drive-thru dan kutipan rumah ke rumah), Waste2Art (baju t-shirt ke totebag dan kain terpakai ke gelang) dan USB & Ladders E-Waste.