Penerangan
KUALA TERENGGANU, 16 JUN 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran.
Rondaan OMPT dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Hasil rondaan dan pemantauan ini yang melibatkan juga Kawasan tanah gambut yang sering terbakar didapati tiada pembakaran terbuka dikesan. Walau bagaimanapun satu longgokan sisa-sisa pokok hasil daripada kerja-kerja pembersihan kawasan telah ditemui . Susulan itu banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka diteruskan.
Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang, tapak pelupusan sampah dan kawasan pantai di tiga daerah ini juga dilakukan. Tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada kejadian pencemaran yang ditemui.
Kesiap sediaan JAS Terengganu ini bagi memastikan semua punca pencemaran di daerah terlibat dapat ditangani segera demi kesejahteraan orang ramai.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama