PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN PUNCA PENCEMARAN DI DAERAH KUALA TERENGGANU MARANG DAN DUNGUN

DOE Terengganu 09/07/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN PUNCA PENCEMARAN DI DAERAH KUALA TERENGGANU MARANG DAN DUNGUN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, Jumaat hari ini. Rondaan dan pemantauan dijalankan  melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Rondaan dan pemantauan ini melibatkan Kawasan penempatan orang awam, kilang-kilang serta kawasan pantai yang berpotensi berlakunya pencemaran. Selain itu siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka mendapati terdapat beberapa longgokan kesan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk sekitar. Tindakan susulan dengan memasang beberapa  banner Larangan Pembakaran Terbuka telah dibuat bagi memberi peringatan dan kesedaran penduduk disekitar kawaasan tersebut; Pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kejadian pencemaran yang tidak diingini berlaku agar orang awam sentiasa berada dalam keadaan sejahtera. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan