Penerangan
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu,YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah mempengerusikan “Environmental Impact Assessment Technical Review Committee” bagi cadangan projek EIA di negeri ini pada Khamis 22 Jun 2023.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh panel pengulas daripada agensi teknikal yang merupakan ahli jawatankuasa EIATRC.
Pemaju projek dan jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik telah membentangkan laporan EIA yang dicadangkan.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada perkara berkenaan impak di peringkat kerja tanah, pembinaan dan operasi kepada persekitaran dan orang awam.
Penilaian ini dapat membantu dalam mengenal pasti, meramal dan menilai impak cadangan pembangunan bagi mencegah, mengawal, mengurangkan pencemaran serta memperincikan langkah-langkah kawalan sebelum laporan EIA ini diluluskan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama