26 MEI 2023, KUALA LUMPUR – Ops Gempur yang dijalankan pada 23-25 Mei 2023 memfokuskan
kepada siasatan penguatkuasaan ke atas loji- loji rawatan kumbahan bagi memastikan pematuhan
kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974.
Operasi ini melibatkan 8 pasukan penguatkuasa yang menjalankan siasatan terhadap 18 buah loji
rawatan kumbahan yang beroperasi di Kuala Lumpur.
Susulan operasi tersebut, sebanyak 12 persampelan rasmi kumbahan terolah telah diambil dan
dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk dianalisis. Tindakan selanjutnya akan dikenakan ke
atas operator loji yang didapati gagal mematuhi had kepekatan yang ditetapkan di dalam Peraturan
7, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian
bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan
https://
[email protected].