Penerangan
Kuala Lumpur, 22 Mei 2023 – Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat JAS, Putrajaya dengan
kerjasama ESRI Malaysia telah mengadakan sesi Taklimat Dimensi Baru Sistem GeosPAS Versi 4.0
Dan Aplikasi Portal GIS di JASWPKL. Sesi taklimat telah dirasmikan oleh Encik Zulfadzli bin Zakaria,
B.C.K., MY-CISEC selaku Ketua Penolong Pengarah JASWPKL. Seramai 43 orang pegawai dan staf
JASWPKL telah menyertai sesi taklimat ini. Program ini telah berlangsung selama 4 jam dan telah
memberikan pemahaman yang jelas kepada semua peserta.