PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MESYUARAT PENYELARASAN ANTARA JASWPKL - SPAN - JPP - IWK BIL.1/2023 DAN LAWATAN KE LOJI SERANTAU PANTAI 2 (RSTP PANTAI 2), KUALA LUMPUR.

DOE WP Kuala Lumpur 10/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN ANTARA JASWPKL - SPAN - JPP - IWK BIL.1/2023 DAN LAWATAN KE LOJI SERANTAU PANTAI 2 (RSTP PANTAI 2), KUALA LUMPUR.
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
10/07/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

9 Mei 2023, KUALA LUMPUR - Mesyuarat Penyelarasan Antara JASWPKL - SPAN - JPP - IWK Bil. 1/2023 telah diadakan di Loji Serantau Pantai 2, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dihadiri oleh pegawai- pegawai yang mewakili beberapa Agensi/Jabatan yang terlibat untuk membincangkan isu- isu berkaitan pengurusan operasi kumbahan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mesyuarat secara berkala ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama khususnya dalam aspek penguatkuasaan mengawal pencemaran kumbahan dan enapcemar dari kumbahan yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan- peraturan di bawahnya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin selaku Pengarah Jabatan Alam Sekitar WP Kuala Lumpur. Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Lutpee Salleh, Ketua Operasi Wilayah Selatan, Indah Water Konsortium (IWK). Taklimat berkaitan pengoperasian loji RSTP Pantai 2, Kuala Lumpur telah disampaikan oleh wakil dari IWK dan SPAN dan melibatkan sesi lawatan. Loji ini pada asalnya merupakan sebuah kolam oksidasi yang tiada nilai estetika, kini telah dimodifikasi kepada sistem pengolahan kumbahan yang lestari, beroperasi 17 meter di bawah tanah dan memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan