Penerangan
WP KUALA LUMPUR, 4 MEI 2023- JASWPKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan
satu Ops Bunyi Bising Motosikal dan pelepasan gas karbon monoksida (CO) di Balai Polis Tun H.S Lee
Jalan Bandar, Kuala Lumpur.
Dalam operasi ini 12 buah motosikal telah diperiksa untuk pengukuran bunyi bising. Daripada
pemeriksaan tersebut 9 Kompaun & 12 Notis Arahan telah dikeluarkan manakala 4 buah motosikal
telah diperiksa untuk pelepasan gas karbon monoksida (CO). Seramai 8 anggota dari JASWPKL dan 8
anggota polis trafik terlibat dalam. operasi ini.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal dengan mengeluarkan bunyi
bising melebihi 95 dBA mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising) 1987,
Akta Kualiti Alam Sekeliling, (AKAS), 1974 dan memastikan motosikal mereka tidak melepaskan gas
karbon monoksida (CO) melebihi had 4.5% dibawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003, AKAS, 1974.