PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN – BUANGAN TERJADUAL (PEMEROLEHAN KEMBALI SEPARA E WASTE) BAGI PEMBAHARUAN LESEN SESI 2023/2024

DOE WP Kuala Lumpur 07/07/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN – BUANGAN TERJADUAL (PEMEROLEHAN KEMBALI SEPARA E WASTE) BAGI PEMBAHARUAN LESEN SESI 2023/2024
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/07/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

27 April 2023, Kuala Lumpur - Majlis Penyerahan Lesen PYDT-(BT) (Pemerolehan Kembali Separa E Waste - Partial E Waste) bagi Pembaharuan Sesi 2023/2024 telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL). Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Zuraini Binti Ahmad Tajudin, selaku Pengarah JASWPKL. Pada majlis tersebut, beliau turut memberikan amanat antaranya supaya sentiasa mematuhi syaratsyarat lesen sepertimana yang dinyatakan di dalam Jadual Pematuhan sepanjang tempoh lesen iaitu dari 1 Mei 2023 sehingga 30 April 2024 dan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan- Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa. Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat lesen dan/atau kehendak-kehendak AKAS 1974 serta Peraturan-Peraturan yang ada dibawahnya oleh pihak premis boleh menyebabkan lesen ini ditarikbalik dan/atau dibatalkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan