Penerangan
28 Jun 2023, Arau - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis yang turut disertai oleh agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia IPK Kangar dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis di Km 5.6, Jalan Kangar - Kodiang bermula jam 10.00 pagi.
Dalam operasi ini, sebanyak 32 buah kenderaan pelbagai jenis telah menjalani pemeriksaan visual dan daripada jumlah tersebut sebanyak 17 buah kenderaan telah ditahan untuk ujian kandungan asap. Hasil pemeriksaan mendapati 4 buah kenderaan yang diuji telah gagal mematuhi had pelepasan yang ditetapkan, iaitu melebihi 50% dan telah dikenakan kompaun di bawah Peraturan 11, Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel ) 1996.
Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan dengan kerjasama erat daripada pelbagai agensi agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
#nrecc
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jun2023