Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN SIASATAN DAN RONDAAN UNIT OMPT
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 07/07/2023
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
LAPORAN SIASATAN DAN RONDAAN UNIT OMPT
TARIKH : 05.07.2023 (Rabu)
MASA : 11:00 AM - 5:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PP RK dan PJ Rozlie (memandu)
KAW. RONDAAN:
Pejabat - KK - Inanam - Menggatal - KKIP - Pejabat
TUGAS:
1. Siasatan aduan PT di KK
2. Pemantauan kes kebakaran TPS Kayu Madang.
3. Rondaan OMPT.
PENEMUAN:
1. Siasatan aduan PT di Taman Kinamount adalah berasas. Terdapat kesan PT daun mangga kering di belakang rumah yang diadu. PT dilakukan oleh pembantu rumah tanpa pengetahuan tuan rumah.
2. Tinjauan di TPS Kayu Madang mendapati kerja pemadaman terganggu disebabkan jalan berlumpur yang disebabkan oleh hujan sebelum ini. Walaubagaimanapun kerja pemadaman masih diteruskan (menggunakan 2 excavator, 1 jentolak dan 4 lori tanah 10 tan) dan dilaksanakan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh DBKK dengan kaedah kambus tanah.
3. Asap kebakaran di beberapa kawasan lereng yang belum ditimbus tanah telah naik semula berikutan cuaca panas pada hari ini.
4. Kerja-kerja pemadaman ini diselia oleh pegawai penguatkuasa DBKK untuk tempoh 24 jam.
5. Tiada PT lain yang diperhatikan berlaku di sepanjang kawasan rondaan.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. 1 FC dikeluarkan.
2. Pegawai DBKK telah dihubungi berhubung maklumbalas NA yang dikeluarkan pada 28Jun2023. Pegawai DBKK telah diingatkan untuk mengemukakan maklumbalas NA31 tersebut sebelum 12 Julai 2023.
Cuaca : Panas dan Mendung di waktu petang.
SekianĀ dimaklumkan.