Penerangan
LAPORAN SIASATAN DAN ADUAN KES PEMBAKARAN TERBUKA TPS KAYU MADANG DAN RONDAAN UNIT OMPT
TARIKH : 04.07.2023 (Selasa)
MASA : 11:00 AM - 5:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PPKK SL dan PJ Rozlie (memandu)
KAW. RONDAAN:
Pejabat - KKIP - Kayu Madang - Kg. Kayu Madang - Kg. Lapasan - Jalan Sulaman - Jalan Tuaran - Indah Permai
TUGAS:
1. Siasatan aduan dan pemantauan kes kebakaran TPS Kayu Madang.
2. Rondaan OMPT.
PENEMUAN:
1. Kerja pemadaman masih diteruskan dan dilaksanakan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh DBKK dengan kaedah kambus tanah.
2. Walau bagaimanapun, masih terdapat asap yang keluar daripada tepi timbunan sampah yang belum dikambus sepenuhnya dengan tanah.
3. Kerja-kerja pemadaman ini diselia oleh pegawai penguatkuasa DBKK untuk tempoh 24 jam.
4. Semasa siasatan dijalankan, pasukan penyiasat telah mendapati terdapat aktiviti ‘scavenger’ mencari besi secara haram, namun telah berjaya melarikan diri setelah dikejar oleh Unit penguatkuasa DBKK.
5. Tiada PT lain yang diperhatikan berlaku di sepanjang kawasan rondaan.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. Tiada
Cuaca : Mendung
Sekian dimaklumkan.