Penerangan
LAPORAN SIASATAN PT DAN RONDAAN UNIT OMPT, UNIT ZON 1, UNIT ADUAN
TARIKH : 27.06.2023 (Selasa)
MASA : 8:00 AM - 5:00PM ; 6.00 PM -
PEGAWAI PERONDA :
PP RK, PP JJJ, PPKK DJ, PPK Aidil, PJ HK, PJ AA dan PJ Rozlie.
KAW. RONDAAN:
Pejabat - KKIP - Kayu Madang - INTAN - Pejabat
TUGAS:
1. Siasatan/Pemantauan kebakaran TPS Kayu Madang.
2. Rondaan OMPT.
PENEMUAN:
1. Kerja pemadaman diteruskan pada hari kedua kebakaran. Walaubagaimanapun jentera pemadaman DBKK melalui kontraktor yang dilantik tidak mencukupi untuk melawan/memadam kebakaran. Bantuan dari pihak Bomba juga mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran disebabkan tiada bantuan exavator dari DBKK.
2. Teknik pemadaman melalui kaedah kambus tanah telah dicadangkan kepada DBKK.
3. Tinjauan ke beberapa tempat penerima sensetif iaitu SK Lapasan dan INTAN Sabah turut dijalankan untuk menilai sebaran asap kebakaran. Bau kebakaran boleh dihidu dari kedua-dua lokasi tersebut.
4. Mesin pengesan gas (Cerex) telah dipasang di pejabat tapak TPS.
5. Dron telah diterbangkan bagi bagi mengenalpasti keluasan kawasan kebakaran. Dianggarkan kawasan kebakaran kekal (5ekar). Potensi kebakaran untuk merebak ke bahagian lain adalah kurang disebabkan terdapat pembahagi iaitu jalan raya yang dapat menghalang api daripada merebak ke tempat lain.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. NM kedua akan disediakan.
CATATAN:
Pasukan peronda masih berada di tapak untuk menjaga mesin Cerex dan memantau kerja pemadaman oleh pihak bomba.
Tiada petugas DBKK yang berada di tapak pada waktu malam.
Masih terdapat lori sampah keluar masuk sehingga 11.00 malam.
Cuaca : Panas.
Sekian.