PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN SIASATAN PT DAN RONDAAN UNIT OMPT

DOE Sabah 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN SIASATAN PT DAN RONDAAN UNIT OMPT
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/07/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

LAPORAN SIASATAN PT DAN RONDAAN UNIT OMPT TARIKH : 26.06.2023 (Isnin) MASA : 2:00 - 6:00PM PEGAWAI PERONDA : PP RK dan PJ Rozlie. KAW. RONDAAN: Pejabat - KK - Inanam - KKIP - Pejabat TUGAS: 1. Siasatan 2 aduan PT. 2. Rondaan OMPT. PENEMUAN: 1. Siasatan terhadap aduan PT pertama adalah berasas. Terdapat kesan-kesan PT ranting dan daun kering di kawasan yang diadu. 2. Aduan kedua diterima semasa menjalankan siasatan aduan pertama. Namun hanya aduan bergambar (gambar diambil dari jarak yang jauh) dan tidak menyatakan lokasi serta maklumat terperinci aduan. Tinjauan di kawasan aduan mendapati kepulan asap datang dari arah TPS Kayu Madang. Setibanya di lokasi, kebakaran TPS sedang berlaku. Hanya pengawal Keselamatan yang dapat ditemui di pondok kawalan TPS. Terdapat seorang lagi penyelia tapak TPS tidak dapat ditemui kerana memantau operasi pemadaman. Dimaklumkan pihak Bomba telah dimaklumkan berhubung kebakaran. Usaha pemadaman sedang dijalankan dengan membina fire breaker menggunakan sebuah jentera pengorek. Dianggarkan kawasan kebakaran telah merebak seluas 5 ekar. Punca kebakaran tidak diketahui dan masih dalam siasatan. TINDAKAN PENGUATKUASAAN: 1. FC dikeluarkan. 2. Edaran risalah larangan melakukan PT. 3. Makluman awal kes kebakaran TPS telah dikemukakan oleh PP JJJ ke ibu Pejabat. 4. NM akan disediakan. CATATAN: Pengadu telah dihubungi. Cuaca : Panas. Sekian.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan