Penerangan
KEMAMAN –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus meningkatkan penguatkuasaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu hari ini, Jumaat.
Penguatkuasaan ini melibatkan Chukai, Jakar, Geliga, Mat Lagam, Cheneh, Cherul, Pengkalan Pandan, Mak Chili, Gong Pauh dan Gong Limau.
Hasil penguatkuasaan ini tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Walau bagaimanapun, banner Larangan Pembakaran Terbuka telah dipasang di kawasan yang berpotensi berlaku pembakaran terbuka sebagai usaha pencegahan dan peringatan kepada individu yang terlibat agar aktiviti ini tidak diteruskan.
Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama