PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SYARIKAT KUARI DIDENDA RM28,000 BEROPERASI TANPA EIA

DOE Terengganu 02/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SYARIKAT KUARI DIDENDA RM28,000 BEROPERASI TANPA EIA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU: Syarikat menjalankan perusahaan pengkuarian didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Ahad kerana beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Hakim Puan Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas wakil syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Berdasarkan pertuduhan, Syarikat yang beroperasi di Daerah Kuala Nerus itu, didapati telah menjalankan aktiviti pengkuarian yang mana aktiviti ini tertakluk di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 19, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 tanpa terlebih dahulu mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling atau Environmental Impact Assessment (EIA) dan mendapat  kelulusan daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling sepertimana dikehendaki di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pendakwaan kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa yang dilantik oleh JAS negeri. Dalam pada itu, Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd. Rahman dalam kenyataan di sini hari ini berkata,  dibawah Seksyen  34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, memperuntukkan “Sesiapa yang bermaksud hendak menjalankan sesuatu aktiviti yang ditetapkan tidak boleh menjalankan aktiviti itu sehingga laporan yang dikehendaki dikemukakan dan diluluskan oleh JAS. Sebelum boleh beroperasi,” katanya. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan