PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEMPEN JOM LUPUS E-WASTE DI KAMPUNG NELAYAN, PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

DOE Terengganu 02/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN JOM LUPUS E-WASTE DI KAMPUNG NELAYAN, PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

3-5 JUN 2023 - Pulau Perhentian,Terengganu   Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, kolaborasi bersama Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, KT Wan Recyle Sdn.Bhd,  Secret Recipe Sdn.Bhd dan Penghulu Pulau Perhentian telah menjalankan kempen kesedaran pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) kepada komuniti di sekitar Kampung Nelayan, Pulau Perhentian, Terengganu.   Kempen Jom Lupus E-Waste melibatkan semua lapisan masyarakat merangkumi pelajar sekolah SK Pulau Perhentian, penduduk tempatan dan para pelancong bagi memupuk dan membudayakan budaya pemuliharaan alam sekitar dengan membuang sisa pepejal ini pada tempat yang betul supaya tidak menyumbang kepada ledakan pencemaran sisa E-waste kepada alam sekitar.   Pelaksanaan program kesedaran dan pengumpulan sisa elektrik dan elektronik ini telah melalui aktiviti-aktiviti seperti mendekati penduduk sekitar dan memberikan brosur berkaitan dan sesi penerangan mengenai E-Waste secara ringkas dan padat.   Sementara penglibatan pelajar sekolah SK Pulau Perhentian seramai 70 orang dengan pengisian aktiviti menarik antaranya ceramah ilmiah berkaitan E-waste.Sambutan para pelajar amat mengalakkan.   Sisa E-Waste seperti peti ais, telefon-telefon pintar dan kipas lama telah berjaya dikumpul melalui hasil sumbangan masyarakat. Hasil pungutan sisa E-waste daripada penduduk tempatan dan pelancong ini dibawa dari pulau ke tanah besar menggunakan bot dan diberi kepada Syarikat KT WAN recycle Sdn. Bhd yang merupakan syarikat pengurusan sisa E-waste yang berlesen di Negeri Terengganu.   Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terenggau, Encik Ramli bin Abd. Rahman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter, Dato’ Wahadaniah,Ambassador RAS UiTM SC dan Puan Noor Afzan Zakaria,Timbalan Pendaftar Pusat Kegiatan Pelajar (BHEP), Uitm Shah Alam dan Ts Nur Ain Mohd Zainuddin, Pensyarah Penasihat, RAS UiTM SC dan semua pihak yang terlibat.   Tambah beliau lagi, komitmen serta kerjasama Guru Besar dan seluruh warga SK Pulau Perhentian harus dicontohi dalam membantu program ini dapat direalisasi dan dilaksanakan dengan jayanya.   Program Jom Lupus E-Waste ini juga dianjurkan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2023. pada tahun ini yang membawa tema 'Hentikan Pencemaran Plastik (Beat Plastic Pollution)', katanya lagi.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan