Penerangan
KUALA TERENGGANU, 28 JUN 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran.
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.
Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan
Selain itu siasatan aduan pembakaran terbuka di Lorong Baruh Raja, Kubang Ikan mendapati aduan berasas dengan penemuan kesan beberapa longgokan terbakar kawasan tersebut.
Disamping itu siasatan ke atas laporan titik panas (hotspot) di Merang, mendapati kesan terbakar longgokan kayu dari aktiviti pembersihan tanah pekebun kecil. Tindakan menampal poster larangan pembakaran terbuka telah dibuat di Kawasan tersebut.
Pemantauan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Gong Badak mendapati tiada pencemaran dan sebarang aktiviti abnormal yang di kesan.
Kesiap sediaan JAS Terengganu ini bagi memastikan semua punca pencemaran di daerah terlibat dapat ditangani segera demi kesejahteraan orang ramai.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama