Penerangan
KEMAMAN, 28 JUN 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus bersiap sedia menjalankan penguatkuasaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti umum sempena Hari Arafah, hari ini, Rabu.
Rondaan melibatkan Chukai, Bukit Kuang, Kawasan Teluk Kalong, Pengkalan Belakan Kemaman (KSB), Teluk Kalong, Kijal, Bukit Anak Dara, Kg.Jong Berlabuh, Padang Kemunting, Tapak Projek ECRL Padang Kemunting-Ibok,Ibok ,Bukit Takal, Mak Chili,Kg.Air, Desa Maidam, Gong Pauhdan Gong Limau.
Tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan.Poster larangan pembakaran terbuka dipasang di lokasi Kawasan yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan sebagai peringatan kepada kepada individu terlibat di Kawasan berkenaan.
Rondaan dan pemantauan di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan KSB mendapati tiada aktiviti abnormal ditemui.
Pemantauan turut dibuat di Kawasan Tapak Pelupusan Sampah Mak Chili, didapati tiada aktiviti pembakaran terbuka di kesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui.
Pemantauan di kawasan penempatan kemudahan infrastruktur (check dam) pencegahan kebakaran tanah gambut di dapati ada yang berfungsi dengan baik dan ada yang perlu dibaikpulih. Laporan pemeriksaan telah disediakan untuk tindakan pembaikian oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu (JPS).
Kesiap siagaa JAS Terengganu dalam memantau punca pencemaran terutama semasa cuti umum diharap dapat mencegah punca-punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menjadi punca kepada pencemaran yang tidak diingini berlaku.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama