PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS CAWANGAN KEMAMAN SENTIASA BERSIAP SIAGA PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 02/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS CAWANGAN KEMAMAN SENTIASA BERSIAP SIAGA PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 24 JUN 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus bersiap sedia menjalankan penguatkuasaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu. Penguatkuasaan ini melibatkan kawasan Chukai, Geliga, Mat Lagam, Binjai, Pasir Semut, Pasir Gajah, Air Putih, Sri Bandi, Ibok, Kijal, Telok Kalong, Bukit Kuang, Bakau Tinggi dan Gong Limau. Hasil rondaan ini, tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan. Banner Larangan Pembakaran Terbuka dipasang di kawasan yang berpotensi berlaku pembakaran terbuka. Selain itu pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang juga dilakukan dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan sepanjang rondaan dan pemantauan ini. Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan