Penerangan
KUALA TERENGGANU, 11 JUN 2023: Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Besut telah menjalankan satu (1) operasi bersepadu melalui OPS BUNYI BISING pada 8 Jun lalu.
Operasi telah dijalankan di Balai Polis Trafik, Jerteh. Besut dan telah disertai oleh 7 pegawai penguatkuasa JAS Terengganu.
Pengarahnya, Ramli Abd. Rahman berkata, kesalahan ini dikesan hasil pemeriksaan ke atas 16 buah motosikal ketika operasi itu dijalankan.
Menurutnya, 16 buah motosikal tersebut telah menjalani ujian bunyi bising menggunakan meter bunyi bising.
“8 kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik motosikal atas kegagalan mematuhi Standard B, Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
“Tambahnyanya lagi, JAS menguatkuasakan pelepasan bunyi bising daripada kenderaan bermotor mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 yang dikuatkuasa sejak 16 Julai 1987.
Had paras bunyi bising maksimum yang dibenarkan bagi motosikal dengan kaedah pengujian secara statik atau pecutan bebas (free acceleration) bagi motosikal dengan keupayaan enjin kurang daripada 90cc adalah 92dB(A) manakala bagi 90cc ke atas adalah 95dB(A).
Pemilik kenderaan yang didapati melepaskan bunyi bising melebihi had yang ditetapkan boleh dikenakan kompaun dengan maksimum RM2,000.
Orang ramai adalah diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal sehingga menyebabkan pelepasan bunyi melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, katanya lagi”
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama