PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN DI  TIGA DAERAH

DOE Terengganu 09/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN DI  TIGA DAERAH
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 9 JUN 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan OMPT dan pemantauan dijalankan  melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan. Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang juga dilakukan di kawasan perindustrian di tiga daerah berkenaan. Tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada kejadian pencemaran yang ditemui. Kesiap sediaan JAS Terengganu ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini agar dapat ditangani segera demi kesejahteraan orang ramai. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan