Penerangan
KEMAMAN, 9 JUN 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan melibatkan Chukai, Jakar, Geliga, Mak Lagam, Binjai, Paman, Pasir Gajah, Seberang Tayur, Dadong, Air Putih, Teladas, Lubuk Lesong, Padang Kubu, Sri Bandi, Ibok, Mak Chili dan Gong Pauh.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang berpotensi aktiviti tersebut dilakukan sebagai peringatan berhubung kesalahan berkenaan.
Rondaan dan pemantauan ini juga melibatkan kilang kelapa sawit, lombong dan kawasan penempatan infrastruktur bagi mencegah kebakaran di Kawasan tanah gambut.
Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama