PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN DI  DAERAH KUALA TERENGGANU, SETIU DAN BESUT

DOE Terengganu 01/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN DI  DAERAH KUALA TERENGGANU, SETIU DAN BESUT
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
01/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 10 JUN 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan OMPT dan pemantauan dijalankan  melibatkan daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan.  Walau bagaimanapun satu longgokan sisa-sisa pokok hasil daripada kerja-kerja pembersihan kawasan telah ditemui . Susulan itu banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka diteruskan. Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang, tapak pelupusan sampah dan kawasan pantai di tiga daerah ini juga dilakukan. Tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada kejadian pencemaran yang ditemui. Kesiap sediaan JAS Terengganu ini bagi memastikan semua punca pencemaran di daerah terlibat dapat ditangani segera demi kesejahteraan orang ramai. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan