PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILUNG 1974

DOE Terengganu 01/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILUNG 1974
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
01/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 5 JUN 2023-  Cuti umum, sempena Hari Keputeraan YDP Agong, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus  menjalankan rondaan dan memantau punca-punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan di daerah Kuala Terengganu, Setiu, Hulu Terengganu dan Marang serta Kuala Nerus. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun satu lokasi pembersihan tanah dikesan di daerah Hulu Terengganu. Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka di lokasi berkenaan bagi memberi peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan. Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di daerah ini turut dilakukan, tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan dan ditemui. Selain itu pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah juga didapati tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran berada pada tahap pematuhan yang baik dan tidak menganggu kesejahteraan orang awam.. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan