PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PERSEDIAAN PENGANJURAN PROGRAM KOMUNITI TANAH GAMBUT SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023

DOE Terengganu 01/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PERSEDIAAN PENGANJURAN PROGRAM KOMUNITI TANAH GAMBUT SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
01/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 6 JUN 2023. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Penganjuran Program Komuniti Tanah Gambut bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang bakal diadakan pada 26 Jun 2023. Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah  dan pegawai- pegawai penguatkuasa dari Unit Aduan dan Kontigensi (UAK). Puan Yusnalis Yusoff,sebagai urusetia program tersebut telah membentangkan cadangan program  untuk dibincangkan bersama dalam mesyuarat tersebut. Selain Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dan Daerah, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu, Pejabat Tanah dan Daerah, Majlis Daerah Besut, Pengetua MRSM Besut dan Jabatan Meteorologi juga hadir bagi memberi input dalam melancarkan program ini nanti. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan