Penerangan
KUALA TERENGGANU, 6 JUN 2023. Hari ini , Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek Infrastruktur Bagi Mencegah Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut Yang Sering Terbakar Di Negeri Terengganu Bil. 2/2023.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Alam sekitar Negeri Terengganu.
Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan pegawai- pegawai penguatkuasa dari Unit Aduan dan Kontigensi (UAK).
Puan Yusnalis Yusoff,sebagai penyelaras mesyuarat telah membentangkan status pelaksana projek infrastruktur dan pengurusan tanah gambut di negeri ini.
Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dan Daerah, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu, Pejabat Tanah dan Daerah juga hadir dalam memberi input bagi menyelasaikan isu-isu berbangkit secara bersama.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama