PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI CADANGAN PEMBINAAN FASILITI TAMBAHAN BAGI MENAMPUNG KAPASITI PENGELUARAN BAGI KILANG CECAIR KARBON DIOKSIDA DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI CADANGAN PEMBINAAN FASILITI TAMBAHAN BAGI MENAMPUNG KAPASITI PENGELUARAN BAGI KILANG CECAIR KARBON DIOKSIDA DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
01/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 7 JUN 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Encik Ramli bin Abd. Rahman  telah mempengerusikan Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC), hari ini. Mesyuarat ini telah membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi Cadangan Pembinaan Fasiliti Tambahan Bagi Menampung Peningkatan Kapasiti Pengeluaran Bagi Kilang Memproses Cecair Karbon Dioksida, Mukim Kertih, Daerah Kemaman, Terengganu Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah juga merupakan Ketua Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Norli Abdullah, Penolong Pengarah Kanan, selaku Ketua Unit Memproses Laporan EIA, Encik Amri Mohd Yusof dan pegawai-pegawai penguatkuasa JAS Terengganu serta ahli-ahli EIATRC yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang dilantik. Laporan EIA dibentangkan oleh pemaju dan perunding berkenaan keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek, langkah-langkah kawalan sedia ada dan yang akan dibina, serta maklumat-maklumat berkaitan komitmen dan jaminan pihak pemaju dalam memastikan cadangan projek diperingkat pembinaan dan operasi nanti mematuhi Akta Kualiti alam Sekeliling 1974.. Keperluan menyediakan laporan EIA dan mendapat kelulusan JAS ini, termaktub di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sementara ulasan-ulasan dari agensi teknikal juga diambil perhatian dalam mempertimbangkan kelulusan laporan EIA oleh JAS. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan