PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JAS TERENGGANU MEMENUHI JEMPUTAN BAGI KURSUS PENGURUSAN DAN PELUPUSAN BAHAN KIMIA ANJURAN MAKMAL KESELAMATAN DAN KUALITI TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU MEMENUHI JEMPUTAN BAGI KURSUS PENGURUSAN DAN PELUPUSAN BAHAN KIMIA ANJURAN MAKMAL KESELAMATAN DAN KUALITI TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
01/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 15 JUN 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah bagi kursus pengurusan dan pelupusan bahan kimia di Makmal Keselamatan Dan kualiti Makanan Terengganu. Kursus ini turut dihadiri oleh Puan Junara Binti Mohamad Halim, Ketua Makmal bersama kakitangan seramai 20 orang yang terlibat secara langsung dalam pengendalian dan pengurusan buangan terjadual dari makmal ini. Penolong pengarah Encik Mohad Fahmi Aziz dan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Tertinggi, JAS Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah hadir bagi menyampaikan ceramah  tersebut. JAS Terengganu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Makmal Keselamatan Dan Kualiti Makanan Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan seluruh warganya dalam menyokong dan memberi kerjasama bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan