PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Seminar Pemerkasaan Psikologi Dan Kerohanian Dalam Pembangunan Modal Insan Ke Arah Membentuk Pegawai Berintegriti Tinggi Peringkat JAS Negeri Sarawak

DOE Sarawak 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Seminar Pemerkasaan Psikologi Dan Kerohanian Dalam Pembangunan Modal Insan Ke Arah Membentuk Pegawai Berintegriti Tinggi Peringkat JAS Negeri Sarawak
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/06/2023
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Kuching

Penerangan

Seminar Pemerkasaan Psikologi Dan Kerohanian Dalam Pembangunan Modal Insan Ke Arah Membentuk Pegawai Berintegriti Tinggi Peringkat JAS Negeri Sarawak

23 – 24 Mei 2023, Kuching: Seminar Pemerkasaan Psikologi Dan Kerohanian Dalam Pembangunan Modal Insan Ke Arah Membentuk Pegawai Berintegriti Tinggi Peringkat JAS Negeri Sarawak telah diadakan selama dua hari di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak. Seminar tersebut merupakan anjuran Unit Integriti Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dan telah dihadiri oleh pegawai JAS Negeri Sarawak

Program tersebut telah dihadiri seramai 40 orang pegawai JAS Negeri Sarawak termasuk dari cawangan Sibu, Bintulu dan Miri.

Di antara kandungan seminar adalah mengenai pengurusan emosi & tekanan dalam persekitaran tempat kerja yang mencabar dan memupuk budaya kerja beraura positif dan keseronokan bekerja oleh pegawai psikologi dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Selain itu, melalui Program Bicara Tanpa Rasuah (Bitara) Pencegahan Rasuah Alam Sekitar Kerjasama JAS- SPRM pada hari kedua, menyentuh gejala & virus rasuah dan salahguna kuasa dalam agensi penguatkuasaan dan jenayah rasuah berdasarkan perspektif islam.

#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #alamsekitartanggungjawabbersama #jabatanalamsekitar #jassarawak

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan