PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Kunjungan Hormat Dan Perbincangan JAS Sarawak Dengan NREB Sarawak

DOE Sarawak 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kunjungan Hormat Dan Perbincangan JAS Sarawak Dengan NREB Sarawak
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/06/2023
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Kuching

Penerangan

Kunjungan Hormat dan Perbincangan JAS Sarawak dengan NREB Sarawak

15 Jun 2023, Kuching - JAS Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan dengan Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) pada hari ini. Perbincangan tersebut yang dihadiri oleh Controller baru NREB iaitu En. Jack Liam serta pegawai-pegawai kanan NREB dan En. John Rampai, Pengarah JAS Sarawak serta pegawai-pegawai kanan iaitu KPPK Mohd Zaihan Bin Hj. Lek, PKK Imelda Lander, PKK Hazrel Izzat Bin Mohd Noor dan PKK Rafidah Mohd Anuar telah menyentuh perkara-perkara berikut:

a) Menyusul perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam bengkel pelaksanaan MA63 antaranya berkaitan pelaksanaan latihan kpd pegawai NREB;

b) Kerjasama melaksanakan sambutan HASN peringkat Negeri Sarawak;

c) Kerjasama dan pembahagian kawasan rondaan mencegah pembakaran terbuka;

d) Mewujudkan mesyuarat penyelarasan yang lebih berkesan di antara JAS Sarawak dan NREB; dan

e) Hal-hal lain adalah untuk memupuk kerjasama termasuk mengadakan sukan di antara kedua-dua agensi.

#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #alamsekitartanggungjawabbersama #jabatanalamsekitar #jassarawak

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan