PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEMPEN KESEDARAN PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMERIKSAAN PELEPASAN DARIPADA KENDERAAN BERMOTOR BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023

DOE Perlis 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN KESEDARAN PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMERIKSAAN PELEPASAN DARIPADA KENDERAAN BERMOTOR BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/06/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

23 JUN 2023, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan Kempen Kesedaran Pembakaran Terbuka Dan Pemeriksaan Pelepasan Daripada Kenderaan Bermotor Sempena Meraikan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2023 Peringkat Negeri Perlis di Dewan Kolej Kediaman Tan Sri Aisyah Ghani, Kampung Wang Ulu, Kangar, Perlis. Program ini telah dihadiri oleh Prof. Madya Ts. Dr. Che Zulzikrami Azner Bin Abidin, Dekan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam, UniMAP, Prof. Madya Ts. Dr. Irnis Azura Binti Zakarya, Pengarah Pusat Pengurusan Tenaga Dan Kampus Lestari, UniMAP dan Inspektor Mohd. Fairus Bin Md. Akhir, Pegawai Turus Kepolisian Am, Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Kontinjen Perlis. Program yang dihadiri lebih daripada 100 orang pelajar UniMAP ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Puan Norasmah Binti Ab. Rani. Objektif program yang telah dilaksanakan pada kali ini telah berjaya menarik minat para pelajar bagi mendalami aspek kesedaran mengenai kepentingan memelihara kualiti udara serta kawalan bunyi bising dan pelepasan asap menerusi perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 selain daripada mendapat pendedahan mengenai kesalahan trafik di bawah bidang kuasa PDRM. Prihatin dengan senario penggunaan kenderaan bermotor yang tinggi di kalangan pelajar UniMAP, demonstrasi tatacara pengujian kenderaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel dan pematuhan kawalan bunyi bising kenderaan motosikal juga telah diadakan. Selain itu, ceramah-ceramah berkaitan pemeliharaan alam sekitar oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar dan penguatkuasaan trafik oleh PDRM, program pengumpulan e-waste dan pameran alam sekitar turut diadakan semasa program ini berlangsung. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam dan Pusat Pengurusan Tenaga Dan Kampus Lestari, Universiti Malaysia Perlis dan Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Kontinjen Perlis di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar Negeri Perlis terus terpelihara untuk generasi akan datang. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_jun2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan