PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PENERIMAAN SIJIL PENGHARGAAN DAN PLAK PENGHARGAAN DARIPADA MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (MPHTJ)

DOE Melaka 27/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENERIMAAN SIJIL PENGHARGAAN DAN PLAK PENGHARGAAN DARIPADA MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (MPHTJ)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/06/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

27 JUN 2023 MENARA PERSEKUTUAN, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka selaku sgensi pembekal data dengan berbesar hati telah menerima Sijil Penghargaan dan Plak Penghargaan dari MPHTJ bagi Program Pengukuran Bandar Mampan (MURNInets 2.0) Tahun 2022 sempena kejayaan PBT tersebut diiktiraf Bandar Mampan Terbaik 2022 (Kategori Perbandaran). MURNInets 2.0 merupakan singkatan kepada Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development). Satu pendekatan yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah bandar serta kawasan gabungannya melalui penggunaan penunjuk bandar. PLANMalaysia telah menjalankan kajian mengenai penunjuk kemampanan bandar bermula pada tahun 1998 dan satu set penunjuk kemampanan bandar yang pertama telah disediakan pada tahun 2002 dikenali sebagai Malaysia Urban Indicators Network (MURNInet). Melibatkan 11 sektor utama yang merangkumi 56 penunjuk kemampanan bandar. Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari laman sesawang https://murninetsv2.planmalaysia.gov.my Diharapkan kerjasama dan jaringan yang telah dipupuk diantara Jabatan dan agensi Persekutuan dan Negeri khususnya di Melaka dapat ditingkatkan dan diteruskan lagi pada masa akan datang. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan