Penerangan
21 JUN 2023, KANGAR -
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis dengan kerjasama Unit Integriti Jabatan Alam Sekitar Ibu pejabat telah berjaya mengadakan 'Seminar Pemerkasaan Psikologi dan Kerohanian Dalam Pembangunan Modal Insan Ke Arah Membentuk Pegawai Berintegriti' bertempat di pejabat JAS Negeri Perlis, Kangar, Perlis.
Seminar ini melibat sesi ceramah integriti dan pencegahan amalan rasuah telah disampaikan oleh pegawai- pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu Tuan Mohamad Izam bin Abd Nasir, Tuan Lukman bin Mohd Hosni dan Tuan Effezul Azran bin Abd Maulop daripada Ibu pejabat SPRM Putrajaya yang menyentuh aspek seperti pematuhan intergriti dan etika kerja di kalangan penjawat awam bagi memastikan sistem penyampaian lebih telus dan berkesan serta elemen-elemen dalam pencegahan amalan rasuah dalam melaksanakan tugas harian pegawai. Selain itu, sesi interaksi antara pegawai SPRM bersama peserta seminar turut diadakan bagi membolehkan kakitangan JAS mendapat perincian lanjut mengenai integriti dan pembenterasan amalan rasuah.
JAS Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi JAS Ibu Pejabat dan pihak SPRM dalam menjayakan program ini demi mengekang amalan rasuah di kalangan warga kerja JAS Negeri Perlis.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jun2023