Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Kesedaran Alam Sekitar “Rewilding Sarawak Through Habitat Restoration” Di Bintulu, Sarawak
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 30/06/2023
- Organisasi
- DOE Sarawak
- Lokasi
- Sarawak>Bintulu
Penerangan
BINTULU, 21 Jun 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak Cawangan Bintulu telah menyertai satu program kesedaran alam sekitar “Rewilding Sarawak Through Habitat Restoration” anjuran OM Holding Limited dan Sarawak Forestry Corporation. Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping menghargai kawasan hutan simpan yang telah diwartakan sebagai taman negara dengan tema ‘Bring Back the Forest’.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, YB Dato Majang Anak Renggi dan pengisian program adalah melibatkan aktiviti penanaman 800 anak pokok dari dua spesies hutan iaitu Bintangor (Calophyllum austrocoriacium) dan Gaharu (Aquilaria spp.) telah berjaya ditanam bertempat di Taman Negara Similajau, Bintulu.