PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN SEMASA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Negeri Sembilan 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN SEMASA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/06/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

18 Jun 2023, SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah meneruskan pemantauan dalam usaha mencegah kegiatan pembakaran terbuka, pencemaran alam sekitar. Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasaan JAS Negeri Sembilan terus menjalankan rondaan bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka dan memantau operasi kilang-kilang yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan ompt dilaksanakan di sekitar perkampungan Sendayan (Kg. Gadong Jaya, Kg. Jimah Lama, Kg. Kayu Ara) dan Mambau (Kg. Batu 3 Mambau, Kg. Sri Mantau). Rondaan dan pemantauan ini melibatkan sekitar perkampungan Sendayan (Kg. Gadong Jaya, Kg. Jimah Lama, Kg. Kayu Ara) dan Mambau (Kg. Batu 3 Mambau, Kg. Sri Mambau). Tiada pembakaran terbuka dan kesan pembakaran terbuka ditemui semasa rondaan. Program pemantauan dan pencegahan pencemaran hujung minggu akan terus ditingkatkan oleh JAS Negeri Sembilan bagi memastikan kes-kes pencemaran alam sekitar yang tidak diingini dapat dibendung dan dicegah terutamanya pada cuti hujung minggu. Pihak JAS Negeri Sembilan ingin mengingatkan kepada orang awam dan juga pemilik tanah bahawa melakukan pembakaran terbuka adalah merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikompaun sebanyak RM 2,000.00. Semoga dengan peringatan ini ianya dapat mendidik masyarakat dalam memperkasa dan memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi yang akan datang. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan