Penerangan
17 Jun 2023, SEREMBAN -Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Trafik, Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan AADK Negeri Sembilan telah menjalankan operasi bersepadu melalui OPS BUNYI BISING bagi penguatkuasaan pelepasan bunyi bising motosikal.
Operasi telah dijalankan di RNR Seremban yang telah disertai oleh lapan (8) Pegawai Penguatkuasa JAS Negeri Sembilan.
Empat belas (14) buah motosikal telah diuji tahap pelepasan bunyi bising daripada ekzos menggunakan meter bunyi bising dan hasil ujian ini, tiga belas (13) buah motosikal didapati telah gagal mematuhi Standard A, Peraturan 4 (1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
Kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik motosikal atas kesalahan melepaskan bunyi bising daripada kenderaan motor melebihi had yang dibenarkan.
JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Penguatkuasaan Trafik, Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan AADK Negeri Sembilan atas kerjasama dalam menjayakan operasi bersepadu ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama