TARIKH: 25.6.2023( AHAD)
MASA : 11.00 am - 19.00 pm
LOKASI:
- Kawasan Perindustrian Bebas Cukai Sg. Way
- Kawasan Perindustrian Seksyen 51A
- Seksyen 13 Petaling Jaya.
Shah Alam, 25 Jun 2023 – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan bagi mencegah pencemaran di beberapa lokasi kawasan perindustrian di Shah Alam. Antara lokasi tersebut adalah seperti di kawasan perindustrian Bebas Cukai Sg. Way, kawasan perindustrian Seksyen 51A dan Seksyen 13 Petaling Jaya serta kawasan di sekitar. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan dan aktiviti pembakaran terbuka.