Penerangan
10 Jun 2023 , Seremban- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Gotong-Royong (GORO) Mega Perangi Aedes Dan Pelancaran COMBI Malaria Peringkat Negeri Sembilan 2023
Dirasmikan oleh YBrs. Dr. Lokman bin Rejali, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. Seramai 200 orang jemputan terdiri daripada pengarah-pengarah agensi kerajaan, agensi swasta, pelaajar- pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pengunjung dari penduduk setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi meraikan program ini adalah seperti berikut:-
?Pertandingan Mencari Jentik-Jentik
?Kutipan Sampah Terberat
? Jualan Minyak Masak Terpakai
?Pameran dari Agensi Kerajaan dan Rakan Industri
?Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
?Saringan Kesihatan
?Cabutan Bertuah
Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dengan penglibatan dari pelbagai pihak supaya usaha murni untuk mengamalkan gaya hidup lestari dibudayakan di kalangan masyarakat.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama