PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Kursus anjuran EIMAS

BENGKEL LATIHAN PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR ZON SABAH TAHUN 2023

DOE Sabah 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL LATIHAN PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR ZON SABAH TAHUN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/06/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

BENGKEL LATIHAN PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR ZON SABAH TAHUN 2023 Bengkel Latihan Environment Quality Monitoring Program (EQMP) bagi Zon Sabah telah berjaya dilaksanakan pada ??? 19 - 23 Jun 2023 bertempat di ?? Hotel Raia, Kota Kinabalu Bengkel 5 hari ini merupakan anjuran Seksyen KawalSelia JAS Ibu Pejabat bersama Syarikat Konsesi Pakar Scieno TW Sdn Bhd (PSTW). Bengkel ini dihadiri oleh 25 peserta daripada JAS Sabah, seorang peserta dari JAS Labuan & 2 peserta daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Pengisian bengkel ini telah bermula dengan pengenalan Program EQMP, penggunaan Portal EQMP, peralatan yang digunakan untuk cerapan data, analisis Data EQMP udara, sungai & marin, pelaporan EQMP termasuk juga mempelajari dengan lebih terperinci berkenaan peralatan cerapan data secara mudah alih bagi udara iaitu peralatan jenama CEREX. Sesi pembelajaran juga telah diadakan di Continuous River Quality Monitoring Station Sungai Tamparuli bagi mempelajari profil sungai dan juga ke Continuous Air Quality Monitoring Station di SMK Tansau Putatan. Bengkel ini diakhiri dengan Majlis Penutup Bengkel yang disempurnakan oleh En Amirul Aripin, Pengarah JAS Sabah.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan