Penerangan
ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA????????
??SEMINAR PEMANTAPAN INDUSTRI SAWIT KE ARAH KELESTARIAN ALAM SEKITAR BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA
Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (Kelab JASAba) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah telah menganjurkan Seminar Pemantapan Industri Sawit Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar
?? TARIKH: 20 Jun 2023
?? MASA: 8.00AM - 5.00PM
?? TEMPAT: PACIFIC SUTERA HOTEL, SUTERA HARBOUR, KOTA KINABALU, SABAH
??OBJEKTIF SEMINAR
?? Memberi kefahaman kepada pihak pengurusan KKS berkenaan Kawalan Pencemaran Efluen;
??Memberi penerangan kepada peserta tentang keperluan pemasangan iRemote/ CEMS di KKS berdasarkan PPKAS (Udara Bersih) 2014;
??Memberi penerangan kepada peserta berkenaan Pengurusan Buangan Terjadual berdasarkan PPKAS (BT) 2005;
??Memberi pendedahan dan berkongsi maklumat tentang Pengurusan sisa Pepejal yang boleh diamalkan atau dilaksanakan di KKS; dan
??Memberi kefahaman kepada pihak pengurusan kelapa sawit dan peserta seminar berhubung Pematuhan kepada Akta, Peraturan dan Syarat Lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
??????????????PESERTA DAN PEMPAMER
??Seramai 167 orang peserta dan 10 pempamer telah menghadiri seminar pada hari ini yang juga terdiri daripada agensi kerajaan, pengurus kilang & premis industri, konsultan alam sekitar serta penyedia teknologi.
??Seminar telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Amirul Bin Aripin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.
????PERBENTANGAN
??Perbentangan dan sharing session telah disampaikan oleh penceramah yang terdiri daripada pegawai- pegawai JAS Sabah, KC Sandakan, KC Sipitang serta penceramah jemputan daripada MPOB Negeri Sabah.*