Penerangan
???????????????
PROGRAM HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023 anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah ????????????????
16 Jun 2023, Universiti Malaysia Sabah - Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan program Hari Alam Sekitar 2023. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa mengenai isu-isu alam sekitar dan pentingnya usaha perlindungan alam sekitar.
Satu sesi forum bertemakan Penjagaan Alam Sekitar telah dilaksanakan dengan kehadiran 3 panel iaitu Dr Robert Francis (Pengarah Eco-Campus, UMS) Pn Chai Hsieh Nee (Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah) dan Tn Hj Mohd Syahir Bin Ismail (Presiden Persatuan Cakna Alam Sekitar Sabah)
5 pusingan @ 5 soalan telah dikemukakan kepada setiap panel yang mana soalan adalah fokus kepada konsep penjagaan alam sekitar, cabaran meningkatkan tahap kesedaran masyarakat, peranan agensi, pandangan status kesedaran rakyat Sabah dalam isu penjagaan alam sekitar serta nasihat kepada mahasiswa ??????????????????????
INTEN JAS Sabah juga telah melaksanakan 3?? sesi Kuiz Kahoot iaitu AKAS 1974, ewaste & Beat Plastic Pollution ?????????????
PPK Adzhar, PJ Holly & INTEN JAS Sabah juga mengadakan pameran alam sekitar dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar!