PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN EIA JABATAN ALAM SEKITAR TAHUN BIL. 2/2023 PADA 12 - 14 JUN 2023

DOE WP Putrajaya 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN EIA JABATAN ALAM SEKITAR TAHUN BIL. 2/2023 PADA 12 - 14 JUN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/06/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Melaka

Penerangan

?? MESYUARAT PENYELARASAN EIA JABATAN ALAM SEKITAR TAHUN BIL. 2/2023 PADA 12 - 14 JUN 2023 ?? ?? Tarikh: 12 - 14 Jun 2023 (Isnin - Rabu) ? Masa: 9.00 Pagi - 10.30 Malam ?? Tempat: Puteri Bay Hotel, Melaka ???? Pengerusi Mesyuarat: YBrs. Puan TKP(Pembangunan) & Puan Pengarah B(N), JAS Malaysia ?????????????? Kehadiran dari JAS Sabah: PP(K) SJ & PP(K) FM ?? Diantara Resolusi Mesyuarat adalah: ?? Pemprosesan EIA & Input Pembangunan: 1?? Mesyuarat bersetuju dokumen EMP tidak perlu dikemukakan bagi aktiviti EIA untuk PYDT-BT kerana akan melalui proses KB dan lesen. 2?? Mesyuarat bersetuju untuk Bahagian Bahan Berbahaya membatalkan Arahan Pejabat (AP) Bil. 2/2022 dan digantikan dengan AP yang baru yang lebih jelas mengenai ketetapan dan prosedur bagi aktiviti partial e-waste serta mengambilkira situasi semasa di semua JAS Negeri termasuk di Sabah dan Sarawak. 3?? Mesyuarat bersetuju garis panduan SZIRA (2012) dan EESIM (2017) digunapakai bagi tujuan ulasan dan input kepada projek pembangunan industri. Arahan Pejabat yang baru akan dikeluarkan dan membatalkan AP yang lama. 4?? Satu garis panduan EMP yang terperinci akan disediakan oleh JAS Ibu Pejabat termasuk keperluan EMP diluluskan di setiap peringkat aktiviti projek. 5?? Pihak EiMAS diminta untuk menganjurkan kursus yang advance seperti modelling dalam penilaian laporan EIA bagi membangunkan kapasiti pegawai penilai EIA. ?? Penguatkuasaan EIA: 1?? Amanat daripada KPAS meminta supaya JAS Negeri memperkemaskan penguatkuasaan EIA di negeri supaya berkesan. 2?? Pembentangan KPI dan program penguatkuasaan EIA sehingga Mac 2023 mendapati semua JAS Negeri telah menetapkan sasaran lawatan penguatkuasaan sekurang-kurangnya 12 lawatan CAC/DE sebulan kecuali Labuan dan Terengganu. 3?? Berkaitan sistem SPEIA, satu siri bengkel hands-on akan dilaksanakan pada bulan September 2023. 4?? Bagi SCUBA, JAS telah memohon mendapatkan kelengkapan, latihan dan sebagainya dan masih dalam tindakan Ibu Pejabat untuk kelulusan kementerian. 5?? Kursus Certified Professional Environmental Officer in EIA Project Development (CePEOEIA) siri 3 akan diadakan pada bulan Julai 2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan