Penerangan
LAWATAN KERJA JABATAN KIMIA MALAYSIA NEGERI SABAH KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH BAGI SESI PERBINCANGAN DAN DIALOG BERSAMA KIMIA SABAH & JAS SABAH
?? Tarikh: 12 Jun 2023 (Isnin)
? Masa: 9.00 - 12.00 Tengahari
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan & GoogleMeet
??????? Pengerusi: Tuan Amirul Aripin, Pengarah JAS Sabah
?????????????????? Kehadiran Bersama: Ketua Cawangan & Kakitangan JAS Negeri Sabah
Rombongan daripada Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah diketuai oleh Tn Hj Khairuzzaman bin Mustafa (Pengarah Kimia Sabah), Tn Hj Appri bin Beyan (Timbalan Pengarah Kimia Sabah), Pn Suhana bt Awang Piut (Pegawai Sains) dan En Muhammad Farid bin Azlan Halmi (Pegawai Sains)
?? Agenda:
1?? Ucapan alu-aluan oleh Tuan Amirul Bin Aripin (Pengarah JAS Negwri Sabah) dan sesi memperkenalkan diri oleh kakitangan JAS Negeri Sabah
2?? Ucapan balas oleh Pengarah Jabatan Kimia Negeri Sabah serta pengenalan kepada pegawai JKM yang turut hadir
3?? Taklimat oleh pegawai dari Jabatan Kimia Negeri Sabah iaitu Cadangan penubuhan makmal analisis baharu "DNA Persekitaran (eDNA) Marin" di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah
- Beberapa soalan telah dikemukakan oleh pegawai JAS Sabah bagi memahami dengan lebih jelas konsep eDNA yang diperkenalkan oleh JKM Sabah
4?? Pegawai JAS Sabah juga telah mengemukakan 7 isu/persoalan berhubung prosedur JKM, analisa kimia, persampelan dan parameter berkaitan - Pihak Kimia Sabah telah menjelaskan setiap isu yang dibangkitkan oleh pegawai JAS Sabah
???? Laporan penuh bagi Perkara 3 & 4 akan disediakan dan dikemukakan kepada Pengarah
Tuan Amirul Aripin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Kimia Negeri Sabah dan kakitangan JAS Negeri Sabah yang hadir ke sesi perbincangan dan dialog ini.
Lawatan kerja ini diakhiri dengan Sesi Menandatangani Buku Pelawat oleh Tn Hj Khairuzzaman bin Mustafa (Pengarah Kimia Sabah) dan Tn Hj Appri bin Beyan (Timbalan Pengarah Kimia Sabah) ??????