Penerangan
?? MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “PROPOSED PLASTIC RECYCLING PLANT AT LOT 3 OF CL.015022376, TELIPOK, DISTRICT OF TUARAN, SABAH” ???
?? Tarikh: 8 Jun 2023 (Khamis)
? Masa: 9.00 - 11.00 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan
??????? Pengerusi: YBrs. Tuan Pengarah JAS Sabah
?????????????????? Kehadiran Bersama: PP(K) MJJ, PP(K) FM, PP ZS, PP JJJ, PJ RLSK & PPK Aidil
?? Ringkasan & Rumusan Mesyuarat:
1?? Mesyuarat EIATRC ini telah dihadiri secara fizikal oleh seramai 20 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA.
2?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek, Pure Delight Sdn Bhd dan pihak jururunding EIA, Chemsain (SB) Sdn Bhd bagi cadangan aktiviti pembinaan kemudahan loji kitar semula sisa pepejal plastik PP & PE, di Telipok, Tuaran.
3?? Sebanyak 17 ulasan dan perkara yang dibangkitkan semasa mesyuarat oleh Jabatan dan agensi yang hadir termasuk ulasan bertulis daripada JAS Sabah.
4?? Pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA diminta untuk mengemaskini Laporan EIA dengan mengambilkira kesemua ulasan Jabatan dan agensi yang diutarakan semasa mesyuarat selewat-lewatnya pada 23 Jun 2023.
5?? Mesyuarat sebulat suara bersetuju memutuskan supaya Laporan EIA dikemaskini sebelum boleh diluluskan. Laporan EIA Kemaskini (Revised EIA) hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan dan telah lengkap serta memenuhi garis panduan JAS.