Penerangan
International Exchange of Wetland Educators Training by UPO Ecology Education Institute South Korea
26 May – 3 June 2023, South Korea - Pejabat Pendidikan Wilayah Gyeongnam sebagai Pusat Pendidikan Sains & Pusat Pendidikan Ekologi UPO telah menganjurkan program pendidikan dan latihan berkonsepkan ekosistem tanah lembap untuk 7 pegawai kerajaan/guru sekolah dari Sabah.
Program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan tanah lembap, yang berpusat di UPO Wetland dan Kota Kinabalu Wetland, yang mana kedua2 lokasi ini merupakan Ramsar Site. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pendidikan alam sekitar sekolah dan pusat tanah lembap dengan berkongsi aktiviti pendidikan tanah lembap antara kedua-dua negara.
???? Puan Chai Hsieh Nee daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah merupakan salah seorang peserta yang telah menyertai program ini
?????????????
Dalam program ini, kami telah melawat 16 lokasi/pusat pembelajaran yang merangkumi 7 daerah/bandar seperti berikut:-
UPO Wetland, UPO Jung Boung Chai Gallery, Gyeongsangnamdo Science Education Institute, Deagu Science & Education Centre, Gyeongnam Science & Nature Education Center Experience, National Science & Nature Museum, Cheonmachong, Gimhae Science & Nature Museum, ?? Sekolah Rendah YongWoo, Gyeongsangnam-do Official Library, Upo Ecology Education Institute, Busan National Geopark, Bunseongsan Eco-forest dan Hwapocheon Wetland Ecological Park.
Peserta juga diperkenalkan dengan sejarah dan budaya Korea Selatan iaitu Bulguksa Temple dan Tomb for King.
Sesi pembelajaran program ini terletak di Gyeongsangnam-do yang merangkumi daerah/bandar iaitu Gyeongsang Province, Changnyeong County, Jinju-Si, Daegu-Si, Gyeongju-Si, Changwon-si dan Gimhae-si)
Laporan lengkap akan disediakan bagi tujuan perkongsian dan juga rekod JAS Sabah dan JAS Ibu Pejabat. ???????